SELAMAT DATANG KE LAMAN PPDa SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 2

Wednesday, 18 September 2013

DADAH DAN KESANNYA

Kesan Dadah pada Individu, Keluarga, Masyarakat dan Negara 1) Individu • Hilang maruah diri • Mengabaikan tanggungjawab • Jangkitan AIDS/HIV • Diri tidak terurus • Perubahan tingkah laku • Terdorong melakukan jenayah • Musnah kerjaya 2) Keluarga • Meruntuhkan maruah • Berlakunya penganiayaan dan penderaan mental dan fizikal • Membebaskan keluarga, emosi, masa, tenaga dan kewangan • Perceraian, perpisahan dan perpecahan 3) Masyarakat • Mengganggu ketenteraman • Peningkatan jenayah • Ketidakstabilan struktur masyarakat-emosi, pergaulan dan pemuafakatan • Gambaran buruk masyarakat setempat 4) Negara • Ekonomi terjejas • Kos penyelenggaran meningkat • Kehilangan sumber tenaga kerja yang produktif • Ancaman keselamatan negara

Sunday, 15 September 2013

PROJEK TAMBAH BAIK SUDUT & LORONG PPDa

KEADAAN SEBELUM PELAKSANAAN PROJEK..
KEADAAN SEMASA PELAKSANAAN PROJEK..
KEADAAN SELEPAS PELAKSANAAN PROJEK

POTRET-POTRET SEPANJANG PENGURUSAN & PELAKSANAAN AKTIVITI PPDa

MESYUARAT PENGURUSAN PPDa
PPDa DI PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN & KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TAMAN BUNGA RAYA 2 2013
POTRET PPDa BERSAMA IBU BAPA
POTRET PPDa BERSAMA MURID

Wednesday, 11 September 2013

MAKSUD D.A.R.I.H :

D - DADAH
      Dadah merupakan sejenis bahan yang merbahaya dan     mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi serta tingkahlaku pengguna seperti ketagihan dan terus bergantung hidup kepadanya.


A - ALKOHOL 
      Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang boleh memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan gangguan tingkahlaku yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif dan bercelaru.


R - ROKOK
      Rokok adalah silinder dari kertas yang mengandungi bahan busa serabut sintetik dan nikotin yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan kanser paru-paru.

I - INHALAN
     Inhalan merupakan bahan kimia psikoaktif yang terhasil daripada pelarut organik, aerosol, pelekat deodoran, pemetik api, cat yang boleh menyebabkan kematian sel otak dan cacat akal.
  
H - HIV
      Hiv merupakan virus yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

PENGENALAN PPDa

PENDAHULUAN

Program Pendidikan Pencegahan Dadah ini merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah bersama Unit Bimbingan Kaunseling dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran murid- murid akan bahayanya dadah kepada mereka.

VISI

Sekolah Bebas Dadah.

MISI 

Melahirkan murid bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang berkesan dan mantap dalam memastikan murid bebas daripada pengaruh dadah.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini murid - murid dapat :

  1. Menjauhi diri daripada aktiviti merokok.
  2. Mengetahui bahawa merokok boleh menjerat mereka ke arah penagihan najis dadah.
  3. Mengetahui kesan penagihan dadah.
  4. Mengamalkan gaya hidup sihat.
  5. Mengetahui akan pentingnya peranan mereka dalam menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga. 
  6.  Menyedari bahawa mereka adalah aset bernilai kepada negara.  

SASARAN

Semua warga SKTBR 2.